Alhamdulillah berada di dalam organisasi saya sekarang cukup banyak peluang dan ruang untuk saya menambahkan ilmu. Tahun ini berpeluang mengikuti kelas anjuran masjid yang diadakan 1 jam sehari sewaktu lunch break. Memilih untuk mengikuti kelas fiqh, fiqh al-nisa'. fiqh al-sirah dan aqidah sesungguhnya satu rahmat buat saya. Menuntut ilmu tugas sepanjang hayat.. moga Allah terus campakkan rasa sukakan ilmu dalam diri kita semua dan menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas semata2 kerana Allah Taala...
Yang membuatkan saya terpanggil untuk membuat entry ini kerana ingin berkongsi rasa terharu saya sewaktu mendengar perjalanan hidup Rasulullah olahan Ustaz Ali di dalam kelas fiqh al-sirah tempohari. Olahan yang cukup untuk mengundang airmata keibuan insan bergelar emak, ibu, ummi atau mama. Yer hati saya tersentuh dengan layanan Rasulullah terhadap anakanda kesayangan Baginda SAW.. Sayyidatina Fatimah RA. Betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW terpancar dari layanan Baginda SAW terhadap Fatimah..
MashaAllah... begitulah kasih Rasulullah terhadap puteri Baginda sedangkan masyarakat Arab pada waktu itu sangat membenci anak perempuan. Betapa teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sepatutnya ibubapa contohi. Tiadalah sebaik-baik contoh yang patut kita jadikan idola melain akhlak Rasulullah SAW.
Saya memuhasabah seketika akhlak saya dan suami bersama anak-anak dan menanam azam untuk menjadikan Rasulullah dan isteri2 Baginda SAW sebagai sebagai ikutan dalam kami mendidik anak-anak. Moga Allah memudahkan jalan kita untuk mendidik anugerah terindah ini. Sayangilah, kasihilah, dan didiklah mereka dengan sempurna tanpa mengharapkan sesuatu dari mereka tanpa mengira apa status mereka samada mereka bayi, kanak2, remaja, insan dewasa hatta setelah mereka bergelar suami atau isteri... Ibubapa yang ikhlas sepatutnya tidak akan menuntut hak mereka dari anak-anak sebaliknya dengan penuh usaha akan teruskan mendidik dan menyayangi mereka. Mereka adalah tanggungjawab kita dan mereka ada hak mereka yang perlu kita tunaikan...
Al-Faqirah ila Rabbiha
Ummu Mishkah

- Rasulullah SAW tatkala melihat Fatimah menghampiri Baginda dan Baginda dalam keadaan duduk serta merta Baginda akan bangun meraikan Fatimah... mengucup dahi Fatimah lantas mengambil Fatimah dan di letakkan Fatimah di sebelah Baginda dan dilayan Fatimah dengan sebaiknya.
- Rasulullah SAW sangat mengenali Fatimah hatta ketukan pintu dari Fatimah dapat Baginda bezakan dari ketukan pintu orang lain.
- Sekiranya Rasulullah ingin bermusafir, rumah terakhir yang akan diziarahi ialah rumah Fatimah dengan harapan wajah terakhir yang akan Baginda tatap sebelum bermusafir adalah Fatimah.
- Dan tatkala pulang dari permusafiran, rumah pertama yang akan segera Baginda ziarahi ialah rumah Fatimah untuk bertemu Fatimah yang dirindui setelah baginda lama bermusafir.